SABAK BERNAM: Presiden UMNO menyifatkan kerjasama parti tersebut dengan Pas menerusi Muafakat Nasional (MN) dalam keadaan‘nyawa-nyawa ikan’.
Datuk Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi berkata, soal masa depan MN sewajarnya dibincangkan di peringkat jawatankuasa kedua-dua parti.
“Hasil perbincangan itu nanti boleh dibawa kedua-dua parti untuk kita putuskan,” katanya ketika ditemui pada Jamuan Hari Raya Aidilfitri UMNO Bahagian Sungai Besar di Dewan UMNO Bahagian Sungai Besar malam tadi.
Mengulas mengenai terdapat menteri kabinet yang turun di beberapa kawasan tertentu berkemungkinan mengintai peluang sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), Ahmad Zahid berkata, perkara tersebut terpulang kepada pemimpin terbabit.
“Tidak apalah, ini Hari Raya (Aidilfitri), datanglah. Dia hendak menyumbang bagi bantuan, kita terima siapa pun,” katanya.
Katanya lagi, senarai calon bagi menghadapi PRU15,belum lagi diputuskan. (Soal) calon kita belum putuskan lagi,”katanya.
Ahmad Zahid sebelum ini dilaporkan berkata, kerjasama UMNO dan Pas melalui MN perlu dilupakan pada PRU15. – UTUSAN