Fokus keluarga, Muna Shahirah enggan bekerja pada hari raya - Utusan Malaysia

Fokus keluarga, Muna Shahirah enggan bekerja pada hari raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi cantik, Muna Shahirah membuat keputusan untuk tidak menerima apa-apa tawaran menyanyi dan berlakon pada Hari Raya Aidilfitri bagi meluangkan masa bersama keluarga tersayang.

Penyanyi lagu Takdir Cinta ini berkata, pengalaman kehilangan ahli keluarga akibat Covid-19 banyak mengajarnya lebih menghargai masa untuk keluarga.

“Kali ini saya tak mahu ambil apa-apa tawaran. Mungkin dalam enam hari saya akan elak untuk bekerja.

“Saya mahu fokus pada keluarga. Kita tak boleh beli masa. Dua tahun sebelum ini, kita belajar.

“Tahun lepas saya tak dapat beraya dengan arwah datuk. Dia pergi selepas dijangkiti Covid-19. Jadi, saya kena hargai masa. Peluang tak akan datang lagi. Kita tak tahu apa akan berlaku selepas ini,” katanya yang merayakan Hari Raya Aidilfitri di Kuantan, Pahang.

Dalam pada itu, Muna berkata dia cukup teruja merayakan hari raya kali ini sementelah dua tahun tidak menyambutnya secara besar-besaran.

“Seronok berhari raya di kampung. Dekat Felda ini, kita duduk berdekatan. Tak pergi jauh. Seronok. Dapat berkumpul dengan keluarga besar.

“Duit raya rasanya triple kena bagi tahun ini. Semakin ramai anak buah yang lahir. Mereka pun mengharapkan, sudah dua tahun tak terima,” katanya lagi.

Pada masa yang sama, penyanyi berusia 27 tahun ini memaklumkan bahawa dia tidak sabar untuk menziarah pusara ahli keluarga yang sudah tiada.

Katanya, aktiviti tersebut merupakan rutin yang jarang sekali dilakukan pada hari-hari biasa.

“Saya tak sabar sebab dapat ziarah kubur ahli keluarga yang telah pergi. Kalau hari biasa, jarang kita nak buat. Kadang ada masa, tapi tetap tak dapat buat,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya