Empat inisiatif baharu untuk pekerja mulai 1 Mei - Perdana Menteri

Empat inisiatif baharu untuk pekerja mulai 1 Mei – Perdana Menteri

PA komited menjaga kebajikan penjawat awam dengan menambah baik sistem saraan secara komprehensif . - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan empat inisiatif baharu sempena Hari Pekerja mulai 1 Mei 2022, hari ini.

Perdana Menteri berkata, inisiatif itu adalah sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan para pekerja dalam menjana kemajuan negara.

“Kerajaan bersetuju meletakkan sasaran sekurang-kurangnya sejuta ahli Keluarga Malaysia yang bekerja sendiri mendapat perlindungan insurans di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) menerusi Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri.

“Di bawah program ini, kerajaan akan menanggung sebanyak 80 peratus daripada jumlah yang perlu dicarum oleh individu terbabit,” katanya dalam ucapannya sempena Hari Pekerja 2022.

Selain itu, katanya, kerajaan membuat keputusan untuk mewajibkan penyediaan taska tempat kerja di setiap sektor awam kerajaan persekutuan, kerajaan negeri dan badan berkanun sebelum ia diperluaskan ke sektor swasta.

“Kerajaan menyediakan geran tahunan RM10 juta pada tahun 2019 dan RM30 juta sejak tahun 2020 bagi inisiatif ini yang akan memberi kelegaan kepada pekerja yang mempunyai anak kecil,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, Program Pembiayaan Insurans Kenderaan Keluarga Malaysia melalui MyEzCover.com turut diperkenalkan.

“Ia adalah pakej pembiayaan secara ansuran sehingga 10 bulan tanpa sebarang caj faedah, ditawarkan kepada penjawat awam sebelum diperluaskan kepada sektor swasta.

“Program ini akan dilaksanakan oleh Kementerian Sumber Manusia dengan kerjasama Perkeso dan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA),” katanya.

Ismail Sabri juga menyifatkan gaji minimum RM1,500 yang berkuatkuasa hari ini sebagai hadiah kepada golongan pekerja atas dedikasi yang tanpa jemu dalam membangunkan ekonomi negara.

“Kerajaan yakin warga pekerja Keluarga Malaysia akan kekal berdaya tahan dan terus menjadi rakan strategik dalam membangunkan ekonomi negara,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya