e-hailing: Jangan bergantung kepada satu, dua aplikasi

e-hailing: Jangan bergantung kepada satu, dua aplikasi

JOSE RIZAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengguna diminta tidak bergantung kepada satu atau dua aplikasi pengangkutan e-hailing yang didakwa kini menaikkan harga.

Ketua Aktivis Gabungan eHailing, Jose Rizal berkata, industri e-hailing berkonsepkan pasaran terbuka yang bercirikan permintaan dan penawaran (Demand & Supply) akan menentukan kadar tambang perkhidmatan.

Katanya, kenaikan tambang mungkin disebabkan faktor musim perayaan, kelulusan pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan pengumuman peralihan ke fasa endemik yang sedang merancakkan ekonomi.

Namun, katanya, industri e-hailing lebih telus kerana pengguna dimaklumkan berkenaan kadar tambang sebelum bersetuju menggunakan perkhidmatan tersebut.

“Sebenarnya, tidak timbul isu lonjakan harga kerana pengguna e-hailing boleh memilih untuk bersetuju atau tidak dan terdapat 32 tawaran operator aplikasi e-hailing di pasaran setakat bulan April 2022 yang diluluskan operasinya oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).

“Pengguna kena lebih terbuka dan tidak hanya bergantung kepada satu atau dua jenama aplikasi e-hailing. Jadi sebagai pengguna yang bijak memilih penawaran yang terbaik mengikut kemampuan,” katanya semalam..

Sehubungan itu, Jose berkata, perkara tambang didakwa mahal kini tidak perlu dipanjangkan kerana penggiat industri e-hailing di negara ini secara keseluruhannya masih dalam proses pemulihan disebabkan pandemik Covid-19.

Dalam pada itu, dia mengingatkan penggiat industri e-hailing berhubung tarikh penguatkuasaan caruman Perkeso SPS Gig yang dikuat kuasa 1 Jun ini.

Peringatan itu bagi memastikan penggiat industri e-hailing untuk mencarum dan menunaikan tanggungjawab sebagai penggiat industri e-hailing Malaysia.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya