Dua kenderaan bertembung, pemandu terselamat - Utusan Malaysia

Dua kenderaan bertembung, pemandu terselamat

Anggota bomba Bintangor membantu mengalihkan kenderaan ke tempat yang lebih selamat selepas terlibat kemalangan di Jalan Kelupu, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BINTANGOR: Dua pemandu nyaris maut apabila kereta Perodua Myvi dan Toyota Corolla yang dinaiki bertembung di Jalan Kelupu di sini, petang tadi.

Insiden kira-kira jam 2.10 petang mengakibatkan kedua-dua mangsa yang masing-masing berusia 34 dan 48 tahun itu mengalami kecederaan.

Ketua Balai dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Penolong Penguasa Bomba Nicholas Belulin berkata, ketika kejadian, pemandu terbabit tidak membawa penumpang.

Katanya, bomba bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 2.15 petang.

“Sebaik sahaja tiba di lokasi, kedua-dua mangsa telahpun berjaya dibawa keluar dari kenderaan itu dengan bantuan orang ramai yang kebetulan berada di kawasan kejadian.

“Salah seorang pemandu mengalami sakit di bahagian dada manakala seorang lagi hanya mengalami luka kecil.

“Kedua-duanya dibawa ke Klinik Kesihatan Bintangor menaiki kenderaan orang awam,” katanya ketika dihubungi.

Nicholas berkata, salah sebuah kenderaan dipercayai dari arah Sarikei menghala ke Sibu sebelum kedua-duanya bertembung di lokasi kejadian.

Katanya, tiada operasi kebombaan dijalankan di lokasi kejadian namun pasukan bomba bersama-sama anggota polis dan Rela membantu mengalihkan kenderaan yang terlibat kemalangan ke sisi jalan bagi mengelakkan kesesakan lalulintas. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya