Dolomite ibarat emas putih Perlis

Dolomite ibarat emas putih Perlis

YONG Norita Ahmad menunjukkan produk-produk dihasilkan syarikatnya di kilang Perlis Dolomite Industries Sdn. Bhd. (PDI), Chuping, Perlis, baru-baru ini.-UTUSAN/SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG BESAR : Dolomite boleh diibarat seperti emas putih Perlis yang sangat berharga memandangkan batu sedimen tersebut hanya terdapat di negeri ini.

Dolomite mempunyai pelbagai kegunaan bagi tujuan pembinaan, simen, farmaseutikal, pertanian, ternakan dan kolam ternakan.

Istimewanya lagi, batu sedimen tersebut sangat berguna dalam industri pertanian bagi meningkatkan kadar pH (tingkat keasaman) yang boleh menyuburkan tanah seterusnya menghasilkan tanaman berkualiti.

Justeru, dalam usaha membantu petani meningkatkan kualiti tanah menerusi mineral yang mempunyai kandungan magnesium dan kalsium yang tinggi itu, mendorong Yong Norita Ahmad menghasilkan produk berdasarkan bahan tersebut sejak 2019.

Malah, Pengasas Perlis Dolomite Industries Sdn. Bhd. (PDI) itu juga adalah satu-satunya wanita dan usahawan bumiputera yang terlibat dalam industri kuari melombong dolomite.

Beliau yang terlibat dalam industri tersebut sejak 2012 memberitahu, PDI satu-satunya syarikat pelombong yang mengeluarkan produk dolomite berbentuk serbuk iaitu bersaiz 100 mesh.

“Kami memilih menghasilkan dolomite dalam bentuk serbuk supaya ia dapat memberikan penyerapan yang lebih baik ketika digunakan dalam pertanian.

“Dolomite di sini mempunyai peratusan kandungan magnesium tertinggi di Malaysia iaitu hampir 22 peratus. Selain itu, nilai kalsium pula antara 30 hingga 34 peratus. Kedua-dua ini adalah makronutrien yang diperlukan dalam kuantiti yang besar untuk tanaman tumbuh subur,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di kilangnya Chuping, Padang Besar,di sini baru-baru ini.

YONG Norita Ahmad (kiri) bersama para pekerja di kilang Perlis Dolomite Industries Sdn. Bhd. (PDI), Chuping, Perlis.

Menurut Yong Norita, syarikatnya kini sudah mempunyai tiga jenis produk iaitu Dolomite 100 Mesh, Fytobacty dan cecair baja organik (PRS) yang kesemuanya adalah 100 peratus organik.

Dalam pada itu, beliau juga merancang membuka kilang baharu untuk pembuatan produk hiliran menjelang tahun depan.

“Kilang bagi menghasilkan makanan tambahan untuk ternakan ruminan dan ‘poultry’ (ayam, itik) itu dijangka menelan pelaburan kira-kira RM4.5 juta. Selain itu, kami akan menambah satu lagi mesin mesh 100 untuk kilang sedia ada dan sebahagian daripada kos tersebut turut menerima dana daripada Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER).

“Kita turut bekerjasama dengan Jabatan Penjara Malaysia dengan memberi peluang pekerjaan kepada banduan yang menunggu masa untuk dibebaskan seterusnya bakal membiasakan diri selepas keluar nanti,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya