Denggi di Johor meningkat selepas buka sempadan

Denggi di Johor meningkat selepas buka sempadan

LING TIAN SOON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Jangkitan denggi di negeri ini menunjukkan peningkatan dengan 82 kes demam denggi dilaporkan sehingga Minggu Epid ke-20, berbanding 57 kes pada minggu sebelumnya, iaitu peningkatan sebanyak 43.9 peratus.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Johor, Ling Tian Soon berkata, peningkatan kes berkenaan turut disumbang peralihan negara ke fasa endemik dan pembukaan semula sempadan antarabangsa.

Katanya, situasi berkenaan berbeza dengan kes yang dilaporkan sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 2021 yang menyaksikan penurunan sebanyak 84.7 peratus berbanding tahun sebelumnya.

“Johor Bahru adalah daerah penyumbang utama kes denggi sebanyak 414 kes iaitu 64 peratus, diikuti Kulai, sebanyak 109 kes (16.8 peratus). Peningkatan ketara dilihat khususnya di Kulai dengan kenaikan mendadak daripada 24 kes kepada 109 kes dalam tempoh sama.

“Peningkatan kes di Kulai majoritinya dilaporkan dalam kalangan pekerja warga asing melibatkan penularan di asrama, tempat tinggal atau di kilang mereka bekerja,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya