DAP hipokrit mahu pertahan, junjung bahasa Melayu - Utusan Malaysia

DAP hipokrit mahu pertahan, junjung bahasa Melayu

Dr. Kamarul Zaman Yusoff
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Tindakan dua pemimpin DAP menyokong kenyataan yang menyifatkan tindakan kerajaan mahu menguatkuasakan bahasa Melayu dalam perkhidmatan awam sebagai langkah ‘gila’ bercanggah dengan matlamat penubuhan parti itu sendiri.  

Pengarah Simposium Pengantarabangsaan Bahasa Melayu, Dr. Kamarul Zaman Yusoff berkata, tindakan Nga Kor Ming dan Teresa Kok ini secara sedar atau tidak menyerlahkan satu lagi kehipokritan pemimpin DAP dalam perjuangan mereka.

“Sebelum ini bila saya tulis mengenai kehipokritan pemimpin DAP dalam isu perjuangan negara sekular mereka, saya dibuat laporan polis dan disaman walaupun apa yang saya sebut adalah satu fakta.

“Kini dalam isu pemartabatan bahasa Melayu dalam pelbagai bidang yang diperjuangkan oleh Simposium Pengantarabangsaan Bahasa Melayu pun sama halnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kamarul berkata, dalam simposium tersebut, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali, dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Mohd. Shafiq Abdullah menegaskan komitmen kerajaan untuk memartabatkan bahasa Melayu dalam perkhidmatan awam.

Malangnya, kata beliau, walaupun sebahagian besar rakyat Malaysia memuji dan menyokong langkah ini, wujud pula suara-suara pinggiran yang cuba mempersoalkannya.

“Antara mereka ialah bekas Menteri dan bekas Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz, yang menyifatkan langkah menguatkuasakan bahasa Melayu dalam perkhidmatan awam ini sebagai satu langkah ‘gila’.

“Dua pemimpin yang cepat-cepat menyetujui dan menyokong kenyataan Rafidah ini Kor Ming dan Teresa Kok.

“Tidakkah mereka sedar bahawa tindakan ini bercanggah dengan salah satu matlamat penubuhan DAP, iaitu “mempertahankan dan menjunjung kedudukan bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan”?” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya