PUTRAJAYA: Malaysia semalam merekodkan peningkatan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 2,418 kes berbanding kelmarin, 1,896 kes dan diatasi 2,192 kes sembuh.
Berdasarkan laman web, https://covidnow.moh.gov.my, hari ini, Selangor mencatatkan kes positif harian tertinggi iaitu 1,272 kes diikuti Kuala Lumpur (366), Pulau Pinang (119), Perak (117) Negeri Sembilan, (114) Melaka (99), Johor (72), Kedah (69) dan Sabah (66).
Diikuti Sarawak (49), Putrajaya (38), Pahang (20), Terengganu (14), Kelantan (8), Labuan, (6) dan Perlis (1). Pesakit Covid-19 yang masih diwadkan meningkat kepada 446 orang berbanding kelmarin, seramai 478 orang.
Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam merekodkan penurunan kepada 31 orang berbanding jumlah kelmarin, 32 orang. Bagaimanapun, jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan penurunan kepada 18 kes berbanding jumlah kelmarin, 19 kes.
Bagi kluster Covid-19 pula, tiada kluster baharu direkodkan manakala sebanyak 13 kluster yang masih aktif berbanding kelmarin, 18 kluster sekali gus menjadikan 7,012 keseluruhan kluster. Dalam perkembangan berkaitan kematian Covid-19, enam kes dilaporkan menjadikan dan jumlah kematian terkini sebanyak 35,653 kes.
Selain itu, tiada kes kematian yang dibawa ke hospital (BID) yang menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 7,551 kes. – UTUSAN