Covid-19 sedia peluang Malaysia laras semula ekonomi - Tengku Zafrul 

Covid-19 sedia peluang Malaysia laras semula ekonomi – Tengku Zafrul 

TENGKU ZAFRUL TENGKU ABDUL AZIZ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pandemik Covid-19 menyediakan peluang kepada Malaysia untuk melaras semula ekonomi dan negara perlu memanfaatkannya dengan menangani isu ekonomi jangka pendek, kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz. 

Menurut Bernama, Tengku Zafrul berkata, Malaysia telah memperkenalkan pakej rangsangan sejak 2020 di samping menangani isu jangka panjang di bawah tiga prinsip iaitu responsif, tanggungjawab dan pembaharuan.

Memetik ekonomi gig sebagai contoh, Tengku Zafrul berkata, industri itu menerima kesan semasa tempoh sekatan pergerakan ekonomi dan kerajaan telah meluaskan capaian perlindungan sosialnya kepada pekerja gig termasuk memberi manfaat tunai.

“Dalam tempoh jangka panjang, semuanya adalah mengenai pembaharuan. Satu daripada perkara yang kami lakukan adalah semasa kami mengumumkan pakej rangsangan untuk menangani (isu) jangka pendek dan pada masa yang sama, kita perlu lihat sama ada ada ia mempunyai kesan (positif) dalam tempoh jangka panjang,” katanya pada sesi panel sesi panel di Mesyuarat Tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland.

Mengulas lanjut, Tengku Zafrul berkata, banyak isu yang mempunyai impak merentasi jangka masa lebih panjang seperti pekerjaan dan taraf hidup, memerlukan usaha daripada kerajaan untuk mengimbangi kepentingan rakyat hari ini terhadap mereka yang akan hidup pada masa depan.

“Ahli politik dan kebanyakannya penggubal dasar di banyak negara di seluruh dunia sering dituduh terlalu menumpukan kepada isu jangka pendek sehingga mengorbankan isu jangka panjang kerana mereka cenderung untuk berada di bawah tekanan untuk bertindak pantas dan menyediakan manfaat ketara dalam tempoh jawatan yang akan dipilih semula,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya