PUTRAJAYA: Malaysia semalam merekodkan peningkatan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 1,873 kes berbanding kelmarin, 1,836 kes dan mengatasi 1,680 kes sembuh.
Berdasarkan laman web, https://covidnow.moh.gov.my hari ini, Selangor mencatatkan kes positif harian tertinggi iaitu 909 kes diikuti Kuala Lumpur (221), Negeri Sembilan, (125), Perak (121), Pulau Pinang (106), Sabah (76), Kedah (58) dan Putrajaya (58).
Diikuti Sarawak (46), Melaka (62), Johor (44), Pahang (23), Kelantan (11), Terengganu (10), Labuan (4) dan Perlis, tiga kes.
Pesakit Covid-19 yang masih diwadkan menurun kepada 410 orang berbanding kelmarin, seramai 456 orang.
Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam merekodkan peningkatan kepada 30 orang berbanding jumlah kelmarin, 27 orang.
Bagaimanapun, jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan kekal merekodkan 18 kes bersamaan jumlah kelmarin, 18 kes.
Bagi kluster Covid-19 pula, tiada kluster baharu direkodkan manakala sebanyak lima kluster yang masih aktif berbanding kelmarin, lapan kluster sekali gus menjadikan 7,012 keseluruhan kluster.
Dalam perkembangan berkaitan kematian Covid-19, dua kes dilaporkan menjadikan dan jumlah kematian terkini sebanyak 35,658 kes.
Selain itu, satu kes kematian yang dibawa ke hospital (BID) yang menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 7,552 kes. – UTUSAN