PUTRAJAYA: Malaysia semalam merekodkan penurunan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 1,814 kes berbanding kelmarin, 2,020 kes dan diatasi 3,389 kes sembuh.
Berdasarkan laman web https://covidnow.moh.gov.my hari ini, Selangor mencatatkan kes positif harian tertinggi iaitu 768 kes diikuti Kuala Lumpur (331), Pulau Pinang (140), Melaka (104), Negeri Sembilan (98), Perak (85), Johor (69), Kedah (52),
Diikuti Sabah (43), Putrajaya (36), Sarawak (35), Pahang (22), Kelantan (15), Terengganu (12), Perlis (6) manakala Labuan, satu kes.
Pesakit Covid-19 yang masih diwadkan menurun kepada 437 orang berbanding kelmarin, seramai 469 orang.
Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam merekodkan sedikit peningkatan kepada 40 orang berbanding jumlah kelmarin, 39 orang.
Jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan penurunan sebanyak 23 kes berbanding jumlah kelmarin, 24 kes.
Bagi kluster Covid-19 pula, satu kluster baharu direkodkan manakala sebanyak 25 kluster yang masih aktif berbanding kelmarin, 31 kluster sekali gus menjadikan 7,012 keseluruhan kluster.
Dalam perkembangan berkaitan kematian Covid-19, dua kes dilaporkan menjadikan dan jumlah kematian terkini sebanyak 35,643 kes.
Selain itu, satu kes kematian yang dibawa ke hospital (BID) yang menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 7,551 kes. – UTUSAN