Covid-19: Kes ICU, bantuan pernafasan terus menurun bawah 40

Covid-19: Kes ICU, bantuan pernafasan terus menurun bawah 40

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia semalam merekodkan penurunan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 1,466 kes berbanding kelmarin, 1,697 kes dan diatasi 1,836 kes sembuh.

Berdasarkan laman web, https://covidnow.moh.gov.my hari ini, Selangor mencatatkan kes positif harian tertinggi iaitu 615 kes diikuti Kuala Lumpur (219 kes), Pulau Pinang (123 kes), Negeri Sembilan (112 kes), Perak (95 kes), Johor (64 kes) dan Kedah 59 kes. 

Diikuti Melaka (34 kes), Putrajaya (32 kes), Pahang (22 kes), Sarawak (29 kes), Sabah (27 kes), Kelantan (14 kes), Terengganu (13 kes), Labuan (enam kes) manakala Perlis lima kes.

Pesakit Covid-19 yang masih diwadkan menurun kepada 450 orang berbanding kelmarin, seramai 459 orang. 

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam merekodkan penurunan kepada 36 orang berbanding jumlah kelmarin, 40 orang.

Jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan turut merekodkan sebanyak 17 kes berbanding jumlah kelmarin, 22 kes.

Bagi kluster Covid-19 pula, tiada kluster baharu direkodkan manakala sebanyak 49 kluster yang masih aktif sekali gus menjadikan 7,011 keseluruhan kluster.

Dalam perkembangan berkaitan kematian Covid-19, tiga kes dilaporkan menjadikan dan jumlah kematian terkini sebanyak 35,623 kes. 

Selain itu, dua kes kematian yang dibawa ke hospital (BID) yang menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 7,545 kes. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya