PUTRAJAYA: Malaysia terus merekodkan penurunan kes positif Covid-19 dengan semalam mencatatkan 1,503 kes berbanding kelmarin, 2,107 kes sekali gus terus diatasi 5,839 kes sembuh.
Berdasarkan laman web, https://covidnow.moh.gov.my, hari ini, Selangor mencatatkan kes positif harian tertinggi iaitu 643 kes diikuti Kuala Lumpur (199), Melaka (120), Pulau Pinang (97), Perak (96), Johor (86) dan Kedah (62).
Diikuti Negeri Sembilan (54), Sarawak (51), Pahang (39), Terengganu (20), Sabah (14), Putrajaya (11), Kelantan (9) manakala Perlis dan Labuan masing-masing satu kes.
Pesakit Covid-19 yang masih dirawat diwad seramai 352 orang manakala yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) kekal merekodkan 69 kes bersamaan jumlah kelmarin.
Jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan turut merekodkan 45 kes bersamaan jumlah kelmarin.
Bagi kluster Covid-19 pula, tiada kluster baharu direkodkan dan Malaysia kekal dengan 84 kluster yang masih aktif.
Dalam tempoh sama Malaysia merekodkan tiga kes kematian menjadikan jumlah kematian keseluruhan terkini meningkat kepada35,550 kes.- UTUSAN