Bomba dan Jabatan Perhutanan bekerjasama laksana kerja menyelamat

Bomba dan Jabatan Perhutanan Selangor bekerjasama laksana kerja menyelamat

bomba
NORAZAM Khamis (kanan) menyampaikan cenderahati kepada Ahmad Fadzil di pejabat Jabatan Perhutanan Selangor, Shah Alam. - FOTO/ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, dan Jabatan Perhutanan Selangor bekerjasama bagi melicinkan kerja menyelamat di kawasan hutan di seluruh negeri terutama di kawasan Hulu Selangor.

Menurut Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis, perbincangan antara kedua pihak melibatkan operasi menyelamat di kawasan hutan diadakan semalam.

“Apabila kita melaksanakan kerja menyelamat di dalam hutan, kita berharap anggota Jabatan Perhutanan Selangor untuk membantu sebagai jurupandu.

“Jika kawasan menyelamat jauh di pedalaman, bantuan Jabatan Perhutanan sangat diperlukan bagi melicinkan kerja mengeluarkan mangsa,” katanya ketika ditemui di Pejabat JBPM Selangor hari ini.

Terdahulu, Norazam dan Pengarah Perhutanan Selangor, Datuk Ahmad Fadzil Abdul Majid mengadakan pertemuan dua hala di pejabat Jabatan Perhutanan Selangor di sini semalam.

Norazam berkata, pertemuan tersebut juga bertujuan untuk membincangkan dan memperkukuhkan kerjasama strategik di antara dua agensi bagi pelaksanaan dalam aspek pencegahan kebakaran hutan.

“Jika ada kebakaran hutan kita berharap pihak Jabatan Perhutanan dapat membantu kita untuk membina helipad atau kawasan sesuai untuk mengangkut mangsa dalam sesuatu operasi menyelamat.

“Kerjasama ini mampu menjimatkan masa dan operasi dapat dijalankan dengan lancar seperti di kawasan hutan dan air terjun,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya