Bincang penurunan kuasa untuk BN kekal relevan

Bincang penurunan kuasa untuk BN kekal relevan

pru15
ABDUL RAHMAN DAHLAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Penurunan kuasa bagi membolehkan negeri-negeri mengurus peruntukan pembangunan sendiri antara perkara yang akan dibawa dalam Konvensyen Barisan Nasional (BN) esok.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata, sekiranya peruntukan kewangan diberi kepada negeri, ia akan mempercepatkan pelaksanaan projek pembangunan yang dilaksanakan di peringkat negeri.

Beliau berkata, kerajaan negeri lebih mengetahui keutamaan di negeri masing-masing maka, amat wajar jika peruntukan kewangan diuruskan oleh kerajaan negeri.

Katanya, sudah tiba masanya hubungan antara kerajaan Pusat dan negeri dari segi pentadbiran, pengurusan dan pembangunan dilihat semula bagi memastikan wujud keseimbangan dalam pembangunan di negara ini.
“Kita perlu berfikir di luar kotak dan tampil dengan semangat, pemikiran dan cara baharu untuk menguruskan negara ini.

“Kita tidak boleh bergantung dengan cara lama kerana jika rakyat mahukan perubahan dari segi penurunan kuasa, kita perlu bergerak seiring dengan kehendak rakyat,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Menurutnya, beliau antara pendokong kepada idea penurunan kuasa agar tanggungjawab mengurus peruntukan pembangunan diturunkan kepada negeri, bukan hanya kepada Sabah tetapi kepada semua negeri-negeri di Malaysia.

Mengulas lanjut katanya, demi kelangsungan BN di Sabah, perubahan sebegitu perlu dilakukan agar BN terus kekal rasional.

Abdul Rahman berkata, BN juga perlu terus memperjuangkan hak-hak negeri bagi meletakkan Sabah sebagai negeri yang penting dalam pertumbuhan ekonomi Malaysia.

“Kita mahu menjadikan Sabah sebagai negeri yang membangun dari segi ekonomi dengan memanfaatkan keluasan tanah, kekayaan hasil bumi dan kedudukan geografi Sabah untuk lebih maju,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya