PETALING JAYA: Pas masih belum membuat sebarang ketetapan susulan dakwaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bersedia menyertai agenda ‘khemah besar’ yang dibawa oleh blok pembangkang bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ini kerana parti itu setakat ini cuma menganggap dakwaan tersebut sebagai khabar angin. Justeru katanya, sebarang ketetapan parti itu hanya diputuskan sekiranya ada perbincangan rasmi antara parti komponen dalam gabungan Perikatan Nasional (PN). “Sehingga ke hari ini kita tidak ada dalam perbincangan PN. Isu itu tidak pernah dibincangkan,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya