Bersatu Perlis lapor polis nafi 800 ahli keluar parti - Utusan Malaysia

Bersatu Perlis lapor polis nafi 800 ahli keluar parti

ABU Bakar Hamzah menunjukkan laporan polis yang dibuat berhubung dakwaan 800 penyokong Bersatu keluar parti di Ibu Pejabat Polis Daerah Kangar, Perlis hari ini. UTUSAN/SYED AZLAN SAYID HIZAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) negeri membuat laporan polis terhadap bekas pengerusi cawangan Bersatu Kampung Hujung Tanjung, Abdullah Abu Bakar yang didakwa berbohong dengan  mengatakan lebih 800 penyokong parti tersebut keluar parti.

Pengerusi Bersatu negeri, Abu Bakar Hamzah berkata, dakwaan tersebut dilihat sesuatu yang tidak masuk akal dan satu pembohongan besar.

Menurut beliau, bilangan ahli di cawangan Bersatu Kampung Hujung Tanjung itu hanya sekitar 164 orang dan tidak masuk akal apabila didakwa 800 penyokong parti menarik sokongan kepada parti itu.

“Kita kesal dengan kenyataan tersebut  (800 penyokong Bersatu Kuala Perlis) keluar parti dan menyertai UMNO. Ini adalah satu kenyataan tidak betul dan boleh memburukkan parti.

“Hanya seorang sahaja ahli parti tersebut yang mengisytiharkan keluar parti iaitu bekas ketua cawangan tersebut (Abdullah),” katanya ketika ditemui di luar Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar di sini hari ini.

Terdahulu, Abdullah mendakwa lebih 800 penyokong Bersatu cawangan Kampung Hujung Tanjung, Kuala Perlis membuat keputusan keluar parti berkuat kuasa serta-merta dan menyatakan sokongan kepada UMNO.

Abdullah dilaporkan berkata, keputusan berkenaan diambil selepas beliau dan kepimpinan tertinggi cawangan tersebut meletak jawatan serentak.

Sementara itu, Abu Bakar mengesa pihak  polis mengambil tindakan terhadap individu berkenaan kerana memburukkan dan mencemarkan imej Bersatu.

“Hanya 35 orang hadir dalam perjumpaan tersebut melibatkan bahagian Arau dan Kangar dan bukan keseluruhan parti Bersatu dan ia merupakan kenyataan palsu,” ujarnya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya