Belia Kelantan raih RM1,000 sehari guna Kiosk Mek Awey - Utusan Malaysia

Belia Kelantan raih RM1,000 sehari guna Kiosk Mek Awey

AHMAD Yakob menyampaikan replika Kiosk Mek Awey kepada seorang usahawan belia wanita di Kota Bharu hari ini. - UTUSAN/ROSLIZA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kiosk Mek Awey diwujudkan kerajaan negeri bagi membantu golongan belia di Kelantan mencapai matlamatnya apabila mereka mampu meraih pendapatan sehingga RM1,000 sehari.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, selain membantu mencipta kerjaya kepada golongan belia, jualan itu juga menunjukkan kuasa beli di negeri ini amat tinggi terutama pada musim perayaan.

“Kita lihat sejak Kiosk Mek Awey beroperasi di negeri ini tahun ini, golongan belia sudah mampu meraih jualan sehingga RM1,000 sehari.

“Sehubungan itu, Kiosk Mek Awey ini akan ditambahkan daripada semasa ke semasa di seluruh negeri bagi membolehkan lebih ramai belia diberi peluang untuk terlibat dalam perniagaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Pusat Belia dan Penyerahan Kiosk Mek Awey di pekarangan Medan Usahawan, Stadium Sultan Muhammad Ke IV di sini hari ini.

Hadir sama Pengerusi Pembangunan Belia, Sukan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Roslan Wan Hamat dan Pengarah Urusetia Belia dan Sukan Kelantan, Nasruddin Mahmud Muhaidin.

Sehingga kini sebanyak 42 Kiosk Mek Awey beroperasi di seluruh Kelantan.

Dalam perkembangan berkaitan, Ahmad berkata, Pusat Belia Kelantan diwujudkan dengan kos RM100,000 bertujuan untuk dijadikan pusat sehenti pelbagai aktiviti golongan belia di seluruh negeri. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN