Bekalan ayam mula stabil, subsidi dipermudah - Utusan Malaysia

Bekalan ayam mula stabil, subsidi dipermudah

RONALD Kiandee (kiri) diberi penerangan mengenai penternakan ayam di Dinding Poultry Development Centre di Segari dekat Lumut hari ini. - UTUSAN/ SHAMSUL KAMAL AMARUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT:  Bekalan ayam mula stabil sejak 10 hari lalu dengan tiada kekurangan ketara dikesan di pasar basah, pasar tani dan pasar raya di seluruh negara.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee berkata, ini kerana  pengusaha ternakan ayam kini mengambil tindakan yang perlu bagi memastikan bekalan keperluan 1.8 juta hingga dua juta ekor ayam sehari mampu dibekalkan.

“(Mulai esok) kerajaan memberhentikan eksport ayam semata-mata untuk memastikan bekalan keperluan ayam tempatan dapat dipenuhi,” kata beliau lawatan ke Dinding Poultry Development Centre di Segari dan Kampung Acheh, Sitiawan, dekat sini hari ini.

Menurut beliau, pemberhentian eksport itu bagaimanapun hanya bersifat sementara sehingga bekalan keperluan ayam tempatan dapat dipenuhi.

Kata beliau, kerajaan masih menetapkan harga siling ayam pada harga RM8.90 sekilogram dan memberi subsidi 60 sen sekilogram disebabkan kenaikan kos  makanan.

Katanya, setakat ini subsidi dikeluarkan berjumlah RM730 juta bagi tempoh empat bulan bermula 5 Februari sehingga 5 Jun ini.

Beliau berkata,  tanpa subsidi tersebut kemungkinan harga ayam akan mencecah sehingga RM11 sekilogram.

 “Setakat semalam, subsidi yang sudah diluluskan dan diproses berjumlah RM71 juta dengan lebih banyak permohonan diterima minggu ini berbanding minggu lalu.

“Kaedah pengeluaran subsidi telah dipermudahkan melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar manakala bilangan kakitangan untuk memproses permohonan di peringkat negeri ditambah bagi melancarkan proses tersebut,” ujar beliau. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya