BEAUFORT: 'Raya mengejut, banjir pun mengejut'

BEAUFORT: ‘Raya mengejut, banjir pun mengejut’

MARHUMAH Arifin (tengah) bersama anaknya, Wahyuni Mohd. Zaidi ketika ditemui di PPS Dewan Selagon, Beaufort hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEAUFORT: ‘Raya mengejut, banjir pun mengejut’.

Demikian kata, Marhumah Arifin, 50, yang terpaksa berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Selagon akibat banjir yang melanda kampung mereka sejak semalam.

Demikian kata, Marhumah Arifin, 50, yang terpaksa berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Selagon akibat banjir yang melanda kampung mereka sejak semalam.

Beliau berkata, hampir setiap tahun mereka terpaksa berpindah ke PPS apabila banjir naik sehingga ke dalam rumah.

“Setiap tahun juga mereka perlu menukar tikar selepas dilanda banjir.

“Ada kalanya belum pun sempat tukar tikar baharu, rumah mereka dilanda banjir sekali lagi,” katanya ketika ditemui di PPS Dewan Selagon, hari ini.

Sementara itu, anak tunggalnya Wahyuni Mohd. Zaidi, 24, berkata, kedua ibu bapanya sudah berhadapan dengan masalah banjir itu sejak 1996 lagi dan hampir setiap tahun rumah mereka pasti akan dilanda banjir kerana terletak berhampiran dengan sungai.

 

JALAN Bypass Limbawang, Beaufort antara laluan utama yang dinaiki air

Katanya, kali ini, mereka sempat mengemas barangan serta biskut raya untuk diletakkan di tempat tinggi sebelum berpindah ke PPS pada pukul 3 pagi tadi.

Masih ada saki baki biskut raya yang disimpan untuk membolehkan mereka sambung beraya selepas banjir pulih.

Pegawai Daerah Beaufort, Mohd. Nazri Ajun berkata, banjir yang melanda daerah itu berpunca daripada hujan lebat yang turun semalam serta Empangan Hidro Pangi yang dibuka hingga menyebabkan air sungai melimpah ke kawasan yang rendah di daerah ini.

Beliau berkata, di PPS Selagon, sebanyak 218 mangsa banjir dari Kampung Bakalau manakala, sebuah lagi PPS iaitu Dewan Datuk Seri Panglima Mohd. Dun Banir baharu dibuka hari ini jadi, jumlah mangsa dipindahkan belum diterima.

Jelas beliau, secara keseluruhan sebanyak 56 kampung yang terjejas namun, bukan semua mangsa perlu dipindahkan ke PPS.

Tambahnya, keadaan banjir di Beaufort masih terkawal dan dijangka akan pulih dengan cepat sekiranya hujan tidak berterusan.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya