Bayi enam bulan maut ditetak atuk saudara

Bayi enam bulan maut ditetak atuk saudara

IBU bayi mengalami kecederaan pada bahagian tengkuk dan hampir putus telinga-IHSAN PDRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KINABATANGAN: Seorang bayi perempuan berusia enam bulan maut akibat ditetak oleh atuk saudaranya di Kampung Ubi Sungai Pauh pada Selasa.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.40 petang itu, atuk saudara mangsa difahamkan bertindak menetak mangsa dan ibunya di sebuah rumah tidak bernombor di kampung berkenaan.

Ketua Polis Daerah, Superitendan Dzulbaharin Ismail berkata, motif kejadian masih dalam siasatan.

Walau bagaimanapun katanya, pemeriksaan awal mendapati, bayi tersebut mengalami kecederaan pada bahagian kepala kesan daripada tetakan manakala, ibu mangsa cedera di bahagian belakang tengkuk dan telinga kirinya hampir putus.

SUSPEK kes tetak bayi sehingga maut berjaya ditangkap di Kampung Ubi Sungai Pauh, Kinabatangan pada Selasa.-IHSAN PDRM

Mangsa disahkan meninggal dunia semasa ketibaan pasukan polis di lokasi kejadian.

Beliau berkata, kedua-dua mangsa kemudian dibawa ke hospital daerah untuk rawatan dan tindakan lanjut.

Susulan kejadian itu, satu laporan polis telah dibuat oleh orang awam dan suspek lelaki berusia 60-an yang merupakan warganegara Filipina itu berjaya ditangkap di sebuah kebun sawit di lokasi yang sama, pada hari yang sama.

Suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) untuk siasatan selanjutnya dan suspek direman selama tujuh hari bermula semalam bagi membantu siasatan kes tersebut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Sementara itu, dalam kes berasingan , IPD Kinabatangan memohon kerjasama orang ramai yang mengenali penama bernama Ismail Santaro dan Ana Farhana Musa agar memberitahu penama bahawa mereka adalah saksi penting perbicaraan kes Seksyen 302 Kanun Keseksaan di Mahkamah Tinggi Sandakan.

“Pihak polis mengalu-alukan orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kedua-dua saksi ini untuk memaklumkan kepada bilik gerakan IPD Kinabatangan di talian 089-561890 atau Ketua Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kinabatangan Asisten Superitendan Razali Basa di talian 019-6217357,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya