PUTRAJAYA: Malaysia semalam merekodkan peningkatan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 1,275 kes berbanding kelmarin, 1,053 kes sekali gus terus diatasi 2,599 kes sembuh.
Berdasarkan laman web, https://covidnow.moh.gov.my, hari ini, Selangor mencatatkan kes positif harian tertinggi iaitu 719 kes diikuti Kuala Lumpur (152), Melaka (76) dan Pulau Pinang (65).
Diikuti Negeri Sembilan (41), Perak (41), Kedah (40), Johor (37), Sabah (26), Sarawak (24), Kelantan (19), Terengganu (18), Pahang (9), Perlis (7), Putrajaya (3) dan Labuan, satu kes.
Pesakit Covid-19 yang masih diwadkan meningkat kepada 373 orang berbanding kelmarin, seramai 363 orang manakala yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam merekodkan penurunan kepada 66 kes berbanding jumlah kelmarin, 74 kes.
Jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan turut merekodkan penurunan kepada 36 kes berbanding jumlah kelmarin, 41 kes
Bagi kluster Covid-19 pula, tiada kluster baharu direkodkan manakala sebanyak 76 kluster yang masih aktif berbanding semalam 81 kluster sekali gus menjadikan 7,010 keseluruhan kluster.
Dalam perkembangan berkaitan kematian Covid-19, dua kes dilaporkan menjadikan dan jumlah kematian terkini sebanyak 35,569 kes.
Selain itu, tiada kes kematian yang dibawa ke hospital (BID) yang menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 7,528 kes. – UTUSAN