Banjir kilat di Kampung Baharu, Jerantut, 14 buah rumah dilimpahi air

Banjir kilat di Kampung Baharu, Jerantut, 14 buah rumah dilimpahi air

BEBERAPA orang pelanggan sedang bersarapan di sebuah kedai roti canai yang dinaiki air banjir kilat di Kampung Baharu di Jerantut, Pahang. - FOTO /IHSAN PENDUDUK KAMPUNG BAHARU
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT: Seramai 36 orang penduduk daripada 14 buah keluarga dan sebuah kedai roti canai mengalami kejadian banjir kilat pada awal pagi tadi di Kampung Baharu, dekat sini hari ini.

Kejadian itu bermula kira-kira pukul 4 pagi berikutan hujan lebat sejak malam semalam sehingga menyebabkan air Sungai Teh melimpahi tebing dan memasuki kawasan kediaman kampung tersebut yang berdekatan jalan raya Jerantut – Benta, hari ini.

Jurucakap Jawatan Kuasa Pembangunan Keselamatan Kampung (JPKK) Baharu berkata, hujan lebat sejak malam semalam hingga ke awal pagi menyebabkan air Sungai Teh melimpah masuk ke kawasan kampung mulai pukul 4 pagi.

“Air begitu cepat melimpah ke kawasan kediaman penduduk berikutan air Sungai Teh cetek dan saliran sempit.

“Namun kejadian ini tidak melibatkan pemindahan penduduk ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS). Air surut dalam tempoh tiga jam kemudian,” katanya di Kampung Baru di sini hari ini.  

Seorang penduduk, Mohd. Nasir Mat Jusoh, 68, berkata, dia tidak menyangka air boleh sampai ke kediamannya mencecah paras lutut. 

“Kita cuma mengangkat peralatan perabot dan eletrik ke tempat selamat apabila menyedari air memasuki ruang dalam. Namun, ada penduduk yang tidak sempat menyelamatkan sebahagian peralatan.

“Kanak-kanak dan warga emas dibawa ke rumah jiran berdekatan di tempat tinggi. Namun kejadian ini tidak melibatkan pemindahan walaupun hujan masih turun,” katanya.

Rakannya yang mahu dikenali sebagai Salimin berkata, kejadian itu kerap berlaku apabila hujan lebat dan kejadian itu sudah tiga kali berulang sejak awal tahun ini.

“Banjir kilat ini kerap berlaku beberapa tahun lalu dan membawa kesan lumpur sehingga Sungai Teh lama-kelamaan menjadi cetek.

“Inilah senario yang berlaku setiap kali hujan lebat dan penduduk di sini kerap berdepan banjir kilat boleh dikatakan setahun sebanyak lima kali kejadian ini sehingga banyak melibatkan kerosakan harta benda,” ujarnya.v -UTUSAN

 

habis

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya