Badan pejalan kaki berkecai dilanggar beberapa kereta  - Utusan Malaysia

Badan pejalan kaki berkecai dilanggar beberapa kereta 

LOKASI kemalangan maut membabitkan pejalan kaki yang maut digilis beberapa kenderaan di Jalan Ipoh-Lumut, Ipoh hari ini. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Seorang pejalan kaki maut dalam keadaan tragis apabila digilis beberapa buah kenderaan hingga menyebabkan tubuhnya berkecai dan bertaburan di Jalan Ipoh-Lumut di sini pagi tadi.

Nahas sekitar pukul 6.15 pagi itu mengorbankan mangsa, K. Muniandy, 69, di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah kereta jenis Proton Pesona  yang melalui jalan tersebut  melanggar pejalan kaki berkenaan yang melintas.

Menurut beliau, dalam keadaan jalan yang gelap dan jarak yang terlalu dekat, pemandu berusia 60 tahun itu tidak sempat mengelak lalu terlanggar mangsa.

“Mangsa juga dipercayai dilanggar oleh beberapa buah kenderaan lain termasuk sebuah kereta jenis Proton Persona dipandu lelaki berusia 34 tahun.

“Pemandu kenderaan itu telah hadir ke balai polis untuk membuat laporan mengatakan terlanggar objek dipercayai mangsa,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut beliau, akibat kemalangan itu, sebahagian anggota tubuh mangsa berkecai di atas jalan raya. Mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat.

Katanya, siasatan awal mendapati punca kemalangan ekoran kecuaian mangsa ketika melintas jalan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya