'Audit forensik' laluan pejalan kaki Padang Kota Lama

‘Audit forensik’ laluan pejalan kaki Padang Kota Lama

LALUAN bawah pejalan kaki di tembok laut Padang Kota Lama, Pulau Pinang ditutup sementara selepas berlaku air laut pasang yang mencapai ketinggian melebihi kawasan tersebut.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Projek pengukuhan dan penambahbaikan tembok laut Padang Kota Lama di sini, yang menelan belanja RM12.9 juta dan baru dirasmikan Jumaat lalu mendapat kritikan selepas laluan bawah pejalan kaki di tembok berkenaan ditenggelami air laut pasang, kelmarin.

Pengerusi Pertubuhan Badan Pemikir Melayu Pulau Pinang (Pemikir), Datuk Dr. Muhamad Farid Saad berkata, kerajaan negeri perlu melaksanakan ‘audit forensik’ bagi mengenal pasti punca berlakunya situasi berkenaan.

”Projek ini mempunyai dua aras tapak pejalan kaki yang disediakan dan pastinya direka sedemikian untuk digunakan.

”Semalam, tapak pejalan kaki di aras bawah tenggelam dimasuki air laut, apakah air laut banyak, melimpah masuk? Atau sememangnya direka sebegitu supaya boleh melihat ikan berenang di situ?” soalnya menerusi kenyataan Facebook.

Kelmarin,

MBPP dalam kenyataannya memaklumkan, penutupan itu dibuat bermula petang kelmarin demi keselamatan orang awam.

Projek tembok laut Padang Kota Lama itu menelan belanja RM12.9 juta dan sepanjang kira-kira 570 meter dari Medan Selera Renong ke Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia mula dibina pada 2016 dan siap sepenuhnya bulan ini.

Ia adalah inisiatif menaik taraf kawasan tersebut bagi menyediakan ruang awam berkualiti yang boleh diterima, menarik dan inklusif untuk semua pihak.

Menurut Muhamad Farid, sebelum ini parkir bertingkat di kaki Bukit Bendera juga direka dan dibina dengan laluan pergerakan kereta kecil seperti kereta jenis Perodua Kancil sehingga pernah digelar Penang Hill Kancil Car Park.

”Jurutera perunding ada, jurutera MBPP juga ada, agaknya tidak ada sesiapa pun yang dapat menjangkakan aras air laut akan naik setinggi itu.

”Agaknya tiada rekod ketinggian aras air laut sebelum ini atau ini juga fenomena baharu di Pulau Pinang. Apapun hati-hati ketika berada di sana kerana Lebuhraya Bukit Kukus pun boleh banjir,” katanya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya