Anak ketum semakin laris - Utusan Malaysia

Anak ketum semakin laris

ketum
PEMBUKAAN kawasan-kawasan baharu tanaman ketum menyebabkan permintaan anak pokok ketum mendapat permintaan tinggi di Kedah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG TERAP: Pembekal anak pokok ketum di daerah ini tidak ‘menang tangan’ apabila tanaman tersebut mendapat permintaan tinggi dalam kala­ngan pengusaha kebun.

Penduduk terutama di kawasan luar bandar di daerah ini, Pendang dan Kubang Pasu semakin berminat menanam ketum selepas daun pokok tersebut laris di pasaran.

Malah ramai penanam getah dan pisang didapati mula menukar tanaman kepada ketum.

Pembekal anak pokok ketum yang hanya mahu dikenali Somchit, 54, dari Naka berkata, permintaan pokok ketum melonjak selepas kerajaan Thailand membenarkan penggunaan daun itu sejak tahun lalu.

Katanya, kebanyakan petani berminat menanam ketum selepas kerajaan negeri mengemukakan cadangan kepada Kerajaan Pusat supaya membenarkan tanaman tersebut untuk perubatan baru-baru ini.

“Sebelum ini, anak pokok ketum dijual pada harga RM2 hingga RM3 sepokok tetapi sekarang melonjak antara RM5 hingga RM8 sepokok.

“Walaupun semakin mahal tetapi permintaan sangat menggalakkan,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Dia terpaksa membuat tem­pahan anak pokok ketum antara dua atau tiga bulan daripada pihak pembekal sejak permintaan tinggi.

“Pada masa ini, saya menyediakan 300 hingga 500 anak pokok ketum untuk dijual pada setiap bulan,” katanya.

Seorang lagi pembekal yang dikenali Ramli, 58, dari Kampung Lampam berkata, dia menyemai anak ketum dengan mengumpul buah ketum dan teknik keratan batang.

Menurutnya, anak ketum dari keratan batang mendapat permintaan tinggi kerana pokoknya tahan lasak.

“Kebanyakan pelanggan saya adalah petani dari seluruh ne­geri ini,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya