Amanah tiada kaitan dengan Save Kelantan - Utusan Malaysia

Amanah tiada kaitan dengan Save Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Parti Amanah Negara (Amanah) Kelantan menjelaskan mereka tidak mempunyai sebarang kaitan dengan Pertubuhan Save Kelantan (Save Kelantan) yang ligat membongkarkan kepincangan kerajaan negeri Kelantan ketika ini.

Pengerusi Amanah Kelantan, Muhammad Husain berkata, pihaknya tidak pernah membincangkan dan menjadikan Save Kelantan sebagai agenda parti berkenaan.

“Merujuk kenyataan Pengerusi Save Kelantan (Datuk Husam Musa) yang merupakan Ketua Amanah Kawasan Kota Bharu dan Ahli Jawatankuasa Pimpinan Amanah Kelantan yang memperlekehkan gerak kerja parti di negeri serta ugutan akan menentang calon dari parti sendiri jika tidak menerima piagam pertubuhan itu (Save Kelantan) adalah bercanggah dengan Perlembagaan parti.

“Sebarang kenyataan dan tindakan yang dibuat oleh mana-mana pihak selaku ahli Amanah sehingga boleh menjejaskan kepentingan organisasi, adalah melanggar etika serta disiplin,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Muhammad memberitahu, pihaknya meraikan sebarang usaha dan tindakan membela rakyat oleh semua pihak.

Katanya, semua aktiviti agenda, tindakan dan usaha ke arah membela rakyat dan Kelantan yang menghadapi pelbagai masalah akibat kegagalan kerajaan negeri ketika ini adalah menjadi keutamaan Amanah.

“Amanah Kelantan terus komited memperkukuhkan Pakatan Harapan serta mendukung sebarang keputusan Majlis Presiden Pakatan Harapan khasnya berkaitan konsep ‘khemah besar’,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya