Aliran trafik Utara hala Selatan mula meningkat

Aliran trafik Utara hala Selatan mula meningkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Aliran trafik dari utara menghala selatan di lebuh raya utama mula meningkat susulan pertambahan kenderaan, setakat pukul 12 tengah hari ini.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menerusi laman Twitternya melaporkan, aliran trafik tinggi arah selatan itu melibatkan enam laluan.

Laluan tersebut melibatkan laluan sejuah 4.9 kilometer (km) dari Permatang Pauh ke Hentian Juru, laluan Juru Auto City ke Plaza Tol Juru (2.4km) dan laluan Jawi ke Bandar Baharu (1.4km).

Selain itu, ia turut membabitkan laluan Bukit Merah ke Taiping Utara (1km), laluan Simpang Pulai ke Hentian rehat dan rawat Simpang Pulai (1.8km) dan laluan Gopeng ke Tapah (3.1km).

Dalam pada itu, beberapa laluan arah Utara menunjukkan aliran trafik tinggi, melibatkan laluan Rawang ke Sungai Buaya, Sungkai ke Slim River dan Terowong Menora ke Kuala Kangsar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya