KUALA LUMPUR: Hari ketiga sambutan Aidilfitri menyaksikan aliran trafik di lebuh raya utama bergerak lancar, setakat pukul 10 pagi ini.
Menurut perkongsian Lembaga Lebuhraya Malayasia (LLM) di laman twitternya, trafik lancar di kedua-dua arah sepanjang lebuh raya termasuk lokasi-lokasi di sekitar plaza tol.
Bagaimanapun, LLM tmelaporkan aliran trafik tinggi sejauh tiga kilometer (km) arah utara di laluan Plaza Tol Skudai menghala Senai, pukul 10.30 pagi ini.
Dalam pada itu, LLM menyarankan pengguna terutama di bahagian Pantai Timur agar mengikuti Jadual Cadangan Waktu Perjalanan Lebuhraya KL-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1) sempena cuti perayaan ini.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1-800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1-800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/LLMinfotrafik. – UTUSAN