Aliakbar tawar diri bertanding Parlimen Sepanggar - Utusan Malaysia

Aliakbar tawar diri bertanding Parlimen Sepanggar

ALIAKBAR GULASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Setiausaha Pas Sabah, Dr. Aliakbar Gulasan secara terbuka menyatakan hasrat ingin bertanding kerusi Parlimen Sepanggar pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Beliau berkata, menjelang PRU-15, beliau akan bertanding bagi kerusi Parlimen yang dilihat mempunyai potensi bagi Pas Sabah meraih kemenangan.

Secara keseluruhan, Pas memang berhasrat meletakkan beberapa calon yang berpotensi untuk bertanding di kawasan yang telah dikenal pasti dan boleh dimenangi.

Sejak menjadi ADUN Diantik, beliau banyak menjalankan program dan kerja-kerja mendekati masyarakat di kawasan Sepanggar.

“Gerak kerja calon-calon kita telah lama bermula, terutama bagi mendekati masyarakat. Atas sebab itu, kita meletakkan sasaran bahawa kita pasti bertanding pada PRU-15 di kawasan yang kita yakin boleh menang.

“Dari segi jumlah kerusi kita belum boleh sebutkan namun, calon-calon kita boleh katakan sudah berada di peringkat akhir untuk disenaraikan.

“Walau bagaimanapun, kita akan meletakkan calon dalam kalangan mereka yang profesional dan berpendidikan, juga dalam kalangan anak muda serta calon bukan Muslim, sekurang-kurangnya seorang,” katanya dalam sidang akhbar baru-baru ini.

Mengulas lanjut katanya, senarai calon itu untuk perbincangan secara dalaman Pas dahulu dan bukan untuk dikemukakan kepada mana-mana pihak.

Mengenai pembahagian kerusi, Pas tidak akan membuat keputusan sendiri kerana sejak daripada dahulu mereka memberi keutamaan kepada perbincangan secara bersama dengan sesiapa pun Pas berkawan.

Untuk rekod, Kerusi Parlimen Sepanggar ketika ini disandang oleh Datuk Mohd. Azis Jamman yang juga Ketua Wira Parti Warisan.- UTUSAN

ALIAKBAR GULASAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya