Ahli kimia maut motosikal terbabas di LPT2

Ahli kimia maut motosikal terbabas di LPT2

KEADAAN motosikal mangsa selepas terbabas di Kilometer 411.2, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) berdekatan Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ajil di Hulu Terengganu hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Seorang ahli kimia maut selepas motosikal berkuasa tinggi ditunggangnya terbabas di Kilometer 411.2, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) berdekatan Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ajil di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.45 pagi itu, mangsa, Rahmat Syuhaili Ab. Rashid, 48, yang beralamat di Felda Jengka 6, Pahang meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di dada.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Mohd. Adli Mat Daud berkata, mangsa yang menunggang motosikal jenis Kawasaki EX250 dikatakan dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Paka, Dungun dari Kota Bharu, Kelantan.

“Ketika di lokasi kejadian, motosikal mangsa yang ditunggang di susur selekoh R&R Ajil itu dikatakan hilang kawalan sebelum terbabas dan terhumban dalam longkang.

“Mangsa kemudian tercampak di tebing longkang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd. Adli berkata, mayat mangsa kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya