PUTRAJAYA: Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Jemaah Menteri di Kompleks Seri Perdana di sini hari ini.
Seri Paduka Baginda tiba pada pukul 11.30 pagi dan disambut Perdana Menteri serta Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali.
Seterusnya, Yang di-Pertuan Agong diiringi ke bilik santapan khas dan dihidangkan dengan pelbagai juadah tradisi.Selepas itu, baginda bergerak ke khemah utama beramah-mesra dengan rakyat.
Al-Sultan Abdullah meluangkan masa kira-kira 15 minit bertemu dengan tetamu sebelum berangkat meninggalkan majlis tersebut. –UTUSAN