Agong berkenan hadir majlis ramah mesra Aidilfitri - Utusan Malaysia

Agong berkenan hadir majlis ramah mesra Aidilfitri

-FB ISTANA NEGARA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat ke Majlis Ramah Mesra Aidilfitri di Istana Abdulaziz, Kuantan, Pahang hari ini.

Menurut Istana Negara, majlis tersebut dihadiri kira-kira 400 tetamu.

“Seri Paduka berdua berkenan beramah mesra bersama semua tetamu yang hadir,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Turut berangkat Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah; Tengku Arif Bendahara, Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah dan paduka-paduka anakanda serta kerabat-kerabat diraja Pahang.

Yang hadir sama Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Dr. Sallehuddin Ishak. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya