ADUN Alor Pongsu mungkin tak tanding PRU15 - Utusan Malaysia

ADUN Alor Pongsu mungkin tak tanding PRU15

SHAM MAT SAHAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN SERAI: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Pongsu, Datuk Sham Mat Sahat mempertimbangkan kemungkinan tidak bertanding di kerusi itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Sham yang juga Ketua UMNO Bahagian Bagan Serai berkata, beliau mahu memberi laluan kepada calon lain di kerusi tersebut.

Beliau yang juga Setiausaha Politik Menteri Besar Perak berkata, namun perkara itu bergantung kepada parti.

“Sudah empat penggal saya bertanding di DUN Alor Pongsu dan saya sedang mempertimbangkan untuk memberi laluan kepada calon lain untuk bertanding pada  PRU15.

“Keinginan secara peribadi saya begitu, iaitu mengundurkan diri dan bersara.

“Namun apa juga keputusan terletak kepada Pengerusi UMNO negeri dan keadaan politik di Bagan Serai.

“Keputusan terletak kepada parti ,saya hanya ikut arahan parti, ikut arahan yang Pengerusi UMNO negeri” kata beliau pada majlis jamuan Hari Raya Aidilfitri Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Zon Maritim Kuala Kurau di sini hari ini.

Sementara itu, Sham berkata, UMNO Bagan Serai berpeluang cerah untuk menang Parlimen Bagan Serai ekoran kemelut dalaman Perikatan Nasional (PN).

Menurutnya, ini berikutan Parlimen itu menjadi rebutan antara Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Katanya, begitu pun UMNO tidak akan mengambil kesempatan daripada kemelut dalaman PN itu.

“Sebaliknya kita akan terus memberi fokus kepada kerja-kerja di lapangan dalam menyantuni rakyat dan menyelesaikan isu-isu rakyat di kawasan ini,” katanya.

Sebelum ini, Ketua Armada Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, Parlimen Bagan Serai antara kerusi yang mungkin ditandinginya dalam PRU15 selain di Kelantan, namun perkara itu diserahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk menentukannya.

Namun Pas Perak tidak bersetuju dengan hasrat itu kerana Bagan Serai merupakan kubu kuat Pas. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya