67 tokoh sertai Simposium Pengantarabangsaan Bahasa Melayu

67 tokoh sertai Simposium Pengantarabangsaan Bahasa Melayu

AWANG SARIYAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 67 tokoh termasuk dari Amerika Syarikat, Jerman, Perancis dan negara-negara ASEAN menjadi pemakalah dalam Simposium Pengantarabangsaan Bahasa Melayu pada 22 hingga 24 Mei ini.

Dianjurkan Pejabat Perdana Menteri bersama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), simposium itu berhasrat merancang strategi bagi mengangkat bahasa Melayu di peringkat ASEAN dan antarabangsa.

Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, Prof. Datuk Seri Dr. Awang Sariyan berkata, di akhir simposium, satu resolusi akan diserahkan kepada Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd. Zuki Ali, sesuai dengan peranan KSN sebagai pelaksana dasar kerajaan dan negara.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, beliau berkata, peserta terdiri daripada wakil universiti awam seluruh negara iaitu ahli akademik, pentadbir, mahasiswa, pendidik, penulis, penjawat awam, ahli korporat dan media.

“Selain itu masyarakat umum boleh mengisi borong untuk menyertainya dan dianggarkan 1,000 orang akan hadir,” katanya ketika dihubungi.

Sebelum ini, akhbar melaporkan, kerajaan melakukan pelbagai pendekatan sebagai salah satu usaha memperkasa dan memartabat bahasa Melayu dalam sebarang urusan diplomatik luar negara dan hubungan antarabangsa.

Malah pada Februari lalu, Perdana Menteri dalam kunjungannya ke Kemboja dan Thailand tampil berucap hanya dalam bahasa kebangsaan, selain Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man yang berucap dalam bahasa Melayu dalam satu persidangan global di Scotland.

Mengulas lanjut, Awang yang juga Pengarah Institut Alam dan Tamadun Melayu UKM, berharap sebaik sahaja tamat program tersebut, ada pelan tindakan strategik yang dirangka untuk menjadi asas pelaksanaan bahasa Melayu di peringkat negara, serantau dan antarabangsa.

“Di peringkat negara, pelan tindakan perlu untuk pelaksanaan bahasa Melayu dengan lebih berkesan sebagai tonggak tamadun dalam semua bidang seperti pentadbiran, pendidikan, undang-undang dan kehakiman, media, ekonomi dan tempat awam.

“Di peringkat ASEAN, perlu ada pelan kerjasama melalui bidang diplomasi selain kerjasama bidang bahasa. Secara khusus, Kementerian Pengajian Tinggi membentuk Jawatankuasa Induk Pengembangan Bahasa Melayu di IPT (institusi pengajian tinggi) negara-negara ASEAN dan program itu memerlukan penyelarasan IPT serantau.

“Akhir sekali, di peringkat antarabangsa, Kerangka Dasar Luar Negara yang dilancarkan pada hujung 2021 perlu diisi dengan program yang konkrit,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya