29 isi rumah keluar kategori miskin tegar dalam setahun

29 isi rumah keluar kategori miskin tegar dalam setahun

TENUNAN batik oleh peserta OKU, Nurin Alya Halid antara yang dipamerkan di Showcase Produk Usaha Kasih Negeri Johor di Bangunan Dato' Jaafar Muhammad, Kota Iskandar, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) memaklumkan sebanyak 29 daripada 70 isi rumah berjaya keluar daripada kategori miskin tegar di negeri ini menerusi program rintis Usaha Kasih dilaksana pihaknya dalam tempoh setahun.

Ketua Pengarahnya, Datuk Ruji Ubi berkata, daripada jumlah itu, sebahagiannya keluar daripada status miskin tegar ke status miskin manakala sebahagian yang lain kini termasuk dalam golongan berpendapatan sederhana.

Menurut beliau, peningkatan taraf itu berikutan isi rumah berkenaan kini memperoleh pendapatan bulanan antara RM2,000 hingga RM4,000 sebulan berbanding RM1,100 dan ke bawah sebelumnya.

“Johor menjadi negeri pertama dalam pelaksanaan program Usaha Kasih yang dilancarkan pada Mac tahun lalu melibatkan dua daerah iaitu Muar dan Tangkak.

“Enam bidang ekonomi diberi perhatian iaitu makanan, perkhidmatan, pertanian dan perikanan, jahitan, automotif serta elektronik. Keutamaan program ini adalah meningkatkan pendapatan dan mendaftar golongan miskin tegar dalam senarai e-Kasih,” katanya pada Showcase Produk Usaha Kasih Negeri Johor, di sini hari ini.

Mengikut rekod, jumlah isi rumah dalam kategori miskin tegar di negeri ini adalah sebanyak 4,700 isi rumah manakala di seluruh negara angka miskin tegar adalah membabitkan 200,000 isi rumah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya