19,401 liter diesel dirampas di bengkel besi

19,401 liter diesel dirampas di bengkel besi

DUA pegawai penguat kuasa KPDNHEP memeriksa sebuah lori yang membawa diesel tanpa kebenaran dan lesen yang sah di sebuah bengkel besi di Gurun, Kedah, kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GURUN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) negeri merampas sebanyak 19,401 liter minyak diesel dalam serbuan di sebuah bengkel besi, di sini  kelmarin.

Serbuan ke atas premis yang disyaki melakukan penyelewengan diesel dan petrol itu dilakukan oleh sepasukan pegawai penguat kuasa KPDNHEP Alor Setar pada pukul 5.25 petang.

Pengarahnya, Affendi Rajini Kanth berkata, pihaknya sebelum itu melakukan risikan selama empat minggu berhubung kegiatan itu di kawasan Gurun.

“Semasa serbuan, kita mendapati premis itu sedang beroperasi dan terdapat seorang lelaki dalam proses memindahkan diesel dari tangki tambahan di atas lori ke dalam tangki fiber di premis.

“Hasil pemeriksaan mendapati sejumlah 19,401 liter diesel berada di dalam tangki fiber tersebut,” katanya dalam.satu kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, berdasarkan keterangan awal, premis tersebut tidak mempunyai kebenaran dan sebarang lesen yang sah untuk menyimpan barang kawalan di lokasi berkenaan.

“Pegawai penguat kuasa KPDNHEP kemudian bertindak menyita sebuah lori, tangki tambahan yang berada di dalam lori, pam elektrik dan 19,401 liter diesel dengan nilai rampasan RM71,700,” ujarnya.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana memiliki barang kawalan dengan tujuan untuk melakukan kesalahan yang dibaca bersama Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 kerana menjalankan urus niaga barang kawalan tanpa lesen.

“Siasatan juga dilakukan di bawah Seksyen 20(1) akta sama kerana menyimpan barang kawalan di tempat yang tidak mendapat kebenaran pengawal,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya