10 individu sindiket tipu kerja sambilan dalam talian ditahan - Utusan Malaysia

10 individu sindiket tipu kerja sambilan dalam talian ditahan

SERAMAI 10 individu sindiket penipuan tawaran kerja sambilan tidak wujud secara dalam talian ditahan di Kuah, Langkawi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Polis menumpaskan satu sindiket penipuan tawaran kerja sambilan tidak wujud secara dalam talian selepas menahan 10 individu warga tempatan termasuk dua perempuan di Kuah di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, seramai lapan lelaki berusia 20 hingga 30 tahun dan dua orang lagi perempuan berusia 16 dan 32 tahun ditahan di sebuah kondominium pada pukul 12.30 tengah malam.

Menurutnya, ketika serbuan, kesemua suspek berada di ruang tamu kondominium dan mereka didapati sedang leka mengendali komputer.

SEBAHAGIAN daripada komputer dan telefon bimbit yang dirampas daripada sindiket penipuan tawaran kerja sambilan tidak wujud secara dalam talian di Kuah, Langkawi, semalam.

“Siasatan awal mendapati modus operandi sindiket tersebut adalah membuat tawaran kerja sambilan yang tidak wujud secara dalam talian.

“Mereka akan berurusan dengan mangsa untuk urusan tawaran kerja sambilan tersebut dan mangsa akan diberikan satu pautan laman sebuah web palsu atas nama syarikat melalui pesanan WhatsApp dan dikehendaki mendaftar di pautan tersebut,” katanya di sini hari ini.

Menurut Shariman, polis merampas sebanyak 18 buah telefon bimbit jenama Redmi, 10 buah komputer meja, 10 buah modem Wi-fi jenama TP-Link, dua keping kad akses lif, dan satu anak kunci bilik kondominium tersebut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya