1.6 juta pokok bakau ditanam di Kedah - Utusan Malaysia

1.6 juta pokok bakau ditanam di Kedah

SEBAHAGIAN daripada peserta yang menanam pokok bakau di pesisiran pantai Kampung Sungai Limau Dalam, Yan, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YAN: Lebih 1.6 juta pokok bakau ditanam di negeri ini sejak bermulanya pelaksanaan Program Penanaman Pokok-Pokok Bakau dan Spesies Bersesuaian di pesisiran pantai negara sejak 2005.

Timbalan Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Kedah, Zainuddin Jamaluddin berkata, penanaman pokok-pokok itu penting dalam menjaga pesisiran pantai daripada ancaman hakisan arus ombak yang kuat selain memelihara ekosistem di beberapa kawasan dalam negeri ini.

“Sejak 2005 hingga sekarang, seluas 300 hektar kawasan di negeri ini telah ditanam dengan 1.6 juta pokok bakau, 16,300 pokok rhu pantai serta 8,200 lain-lain spesies pokok yang sesuai.

“Kawasan seluas 300 hektar itu merangkumi 56 kawasan secara keseluruhan. Langkah ini selari dengan Program Penanaman Pokok-Pokok Bakau dan Spesies Bersesuaian di pesisiran pantai negara sejak 2005 yang dilancarkan kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada program tanaman pokok bersama syarikat swasta, Ryco Hydraulic Sdn. Bhd. di pesisiran Pantai Kampung Sungai Limau Dalam di sini hari ini.

Sebanyak 500 pokok bakau ditanam di pesisiran kampung tersebut hasil kerjasama warga kerja syarikat berkenaan.

Zainuddin berkata, pada 2021, pihaknya telah menanam sebanyak 15,000 anak pokok bakau di pesisiran Pantai Sungai Limau.

Selain itu pihaknya turut menjalankan kerja-kerja merawat bakau dan menanam sebanyak 2,000 anak pokok bakau di Pantai Kuala Sala.

“Kami dalam masa sama turut melakukan rawatan bakau serta menanam 1,000 pokok bakau di Kuala Jerlun. Di pesisiran Pantai Kuala Kedah pula, sebanyak 2,000 anak pokok rhu pantai ditanam di situ.

“Itu bermakna secara keseluruhannya kami telah menanam sebanyak 20,000 pokok bakau dan rhu di negeri ini. Kerja-kerja merawat dan menanam pokok bakau itu secara keseluruhannya menelan belanja sebanyak RM186,800,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya