Yasin perlukan rawatan penyakit mental - Wardina - Utusan Malaysia

Yasin perlukan rawatan penyakit mental – Wardina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

“Perogol dan pembunuh pun tak dikenakan hukuman gantung sampai mati.”

Itu reaksi bekas pelakon terkenal, Wardina Safiyyah berhubung berita kawan baiknya, penyanyi nasyid dan komposer, Yasin Sulaiman yang berdepan hukuman mati selepas didakwa di Mahkamah Majistret atas pertuduhan mengedar dadah jenis ganja di sebuah kondominium.

Menerusi perkongsian hantaran di Instagram, Wardina, berkata, Yasin tidak layak dipenjara mahu pun hukuman gantung sampai mati hanya kerana pasu tumbuhan.

“Dia patut diberikan rawatan penyakit mental dan perlukan sokongan serta rehabilitasi.

“Dia adalah seorang kawan, berbakat besar, bijak, dan berani. Seorang insan yang baik walaupun ada kekurangannya.

“Saya berdoa semoga dia menjadi seorang yang kuat dalam mendepani ujian ini dengan tenang,” tulis Wardina diiringi tanda pagar Justice For Yasin Sulaiman.

Menerusi penulisan itu, Wardina mengakui hatinya hancur dan semoga Yasin menerima bantuan sewajarnya.

“Hati saya remuk sebab yang kenal…, tahu dia tidak selayaknya untuk ini. Tolong, keluarkan dia dari penjara dan berikan rawatan atau bantuan kepada dia,” pintanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya