PETALING JAYA: Kerajaan digesa mewujudkan semula tabung untuk pesakit kronik bagi membantu golongan tidak berkemampuan mendapatkan rawatan di pusat-pusat perubatan swasta susulan masa menunggu di hospital kerajaan terlalu lama. Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Datuk Dr. Zainal Ariffin Omar berkata, tabung pesakit kronik dan bantuan hemodialisis sangat membantu terutamanya buat golongan yang tidak mempunyai pelan insurans perubatan. Menurut beliau, ini berikutan rawatan penyakit kronik seperti jantung dan kanser memerlukan kos rawatan yang tinggi. “Tabung pesakit kronik perlu ada untuk merawat pesakit yang kurang mampu untuk dapat rawatan yang cepat dan lebih…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya