Warga emas mengaku lakukan persetubuhan luar tabii dengan kucing - Utusan Malaysia

Warga emas mengaku lakukan persetubuhan luar tabii dengan kucing

JANTING Anak Keling (tengah) mengaku bersalah melakukan hubungan seks luar tabii dengan seekor kucing di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, di sini. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki warga emas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dakwaan melakukan persetubuhan luar tabii dengan seekor kucing dalam kejadian di Skudai pada 16 April lalu.

Tertuduh, Janting Anak Keling, 63, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Fatimah Zahari.

Bagaimanapun, difahamkan mahkamah tidak menjatuhi hukuman walaupun tertuduh telah membuat pengakuan bersalah bagi membolehkan penilaian dibuat terhadap dokumen kes terlebih dahulu.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh yang tidak bekerja itu telah melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii iaitu dengan seekor kucing menyebabkan kucing tersebut mati.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu disebuah taman permainan kawasan perumahan di Taman Ungku Tun Aminah, Skudai pada pukul 4.30 pagi, 16 April lalu.

Sehubungan itu, dia didakwa di bawah Seksyen 377 kanun keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga dikenakan denda atau sebatan.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam dalam rayuannya memberitahu, dia memohon agar wang jaminan dikurangkan kerana tidak bekerja dan hanya berada di negeri ini untuk melawat anaknya yang menetap di kawasan berkenaan.

Mahkamah kemudian menetapkan wang jaminan sebanyak RM6,000 dengan seorang penjamin selain menetapkan tarikh 25 Mei ini untuk sebutan semula kes bagi penyerahan dokumen.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, S. Thiviya.

Terdahulu, tertuduh ditahan selepas satu laporan polis dibuat keatasnya oleh seorang penduduk kawasan perumahan itu yang menjadi saksi kepada kejadian tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya