KUALA LUMPUR: Vokalis kumpulan Floor 88, Ayie Elham memberitahu meskipun usia kandungan isterinya, Nur Natasha bakal memasuki tujuh bulan namun dia tetap gigih memantau pergerakan urusan perniagaan.
Ayie, 24, menyifatkan Tasha seorang yang tidak mengenal erti penat dan bimbang andai segala urusan perniagaan diserahkan kepada pekerja.
“Insan yang tak kenal erti penat. Kandungan dah nak masuk tujuh bulan pun gagah nak ikut meniaga.
“Risau, takut sangat kalau lepaskan semua dekat pekerja. Mesti dia nak turun padang buat semua di bazar mahu pun di kedai
“Bukan itu sahaja, gagah nak ikut pergi beli baju raya untuk keluarga sampai ke pagi dan macam-macamlah. Kalau nak cerita semua memang takkan habis,” katanya.
Memuat naik perkongsian hantaran di akaun Instagram, penyanyi yang popular menerusi lagu Zalikha itu berhadap Allah memberi balasan sebaik-baiknya kepada isterinya.
“Semoga Allah berikan kekuatan, kesihatan, rezeki yang melimpah seperti mengalirnya air zam zam kepada dirimu sayang.
“Saya cintakan awak sangat my baby bucuk (seleroh manja) yang tak pernah mengeluh cari rezeki,” coret Ayie.
Untuk rekod, Ayie dan Tasha berkahwin pada 21 Oktober tahun lalu di Masjid Ukay Perdana, Ampang, Selangor.
Terdahulu, pasangan ini mengikat tali pertunangan di Lanai Anggun, Eco Sky pada Januari tahun lalu.