Umum Ismail calon PM, beri kelebihan buat UMNO hadapi PRU15

Umum Ismail calon PM, beri kelebihan buat UMNO hadapi PRU15

ANNUAR Musa beramah mesra bersama pelajar-pelajar tahfiz dari Maahad Tahfiz Al-Ihya pada majlis berbuka puasa di Seremban semalam. - FOTO/BADRUL HAFIZAN MAT ISA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Keputusan UMNO yang menamakan lebih awal calon Perdana Menteri mereka dilihat memberikan kelebihan untuk parti itu dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa berkata, keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang menamakan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membolehkan Ahli Parlimen Bera itu fokus kepada tugasnya sebagai Perdana Menteri ketika ini.

“UMNO hendaklah sentiasa ambil kira apakah sentimen sebenarnya rakyat di luar sana, selain sentimen ahli, sentimen rakyat secara keseluruhannya juga mustahak.

“Apa yang dilakukan ini memberikan kelebihan kerana Perdana Menteri boleh fokus kepada tanggungjawabnya sekarang. Perkara itu boleh dinilai dan apabila Perdana Menteri perform, ia akan beri kelebihan kepada UMNO dalam pilihan raya akan datang.

“Kalau kita tidak perform sudah tentu ia akan bawa akibat sebaliknya, ia tindakan strategik yang baik dan saya yakin ia akan beri kelebihan lagi kepada UMNO dalam hal ini,” katanya.

Annuar yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata demikian kepada pemberita pada majlis berbuka puasa di sini semalam.

MKT UMNO sebulat suara memutuskan untuk Ismail Sabri menjadi calon Perdana Menteri pada PRU15.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, kesepakatan itu ialah antara beberapa perkara diputuskan pada Mesyuarat MKT yang dipengerusikan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi semalam.

Annuar yang juga bekas Setiausaha Agung UMNO dalam pada itu turut berpandangan, keputusan MKT tersebut merupakan sesuatu ketetapan yang bijaksana dan strategik.

“Kita tahu rakyat tertanya-tanya di manakah kedudukan Perdana Menteri jika ada pilihan raya.

“Tertanya-tanya siapakah yang UMNO akan ketengahkan sebagai calon Perdana Menteri sekiranya UMNO dan Barisan Nasional (BN) mempunyai cukup bilangan untuk bentuk kerajaan, jadi ketidaktentuan itu disempurnakan dengan baiknya semalam,” katanya lagi.

Sementara itu ketika berucap, Annuar memberitahu, sejumlah 27,000 permohonan peranti bagi program PerantiSiswa Keluarga Malaysia telah diterima dalam tempoh tujuh jam selepas permohonan yang dijalankan dalam talian mula dibuka hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya