UMP tersenarai di kedudukan 301 hingga 400 THE Impact Rankings

UMP tersenarai di kedudukan 301 hingga 400 THE Impact Rankings

UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PEKAN: Universiti Malaysia Pahang (UMP) tersenarai di kedudukan 301-400 dan kelapan di Malaysia dalam penarafan kelestarian global Time Higher Education (THE Global Impact Ranking) 2022 yang diumumkan semalam. 

Berbeza dengan penarafan dunia lain, THE Impact Rankings memberi tumpuan terhadap 17 Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) dalam usaha menyemai keharmonian dan kemakmuran alam serta masyarakat sejagat.

Naib Canselor UMP, Prof. Datuk Dr. Yuserrie Zainuddin berkata, tahun ini merupakan penyertaan UMP buat pertama kali dalam penarafan berkenaan. 

 “Pada edisi kali ini, UMP menyertai lima matlamat SDG iaitu SDG 4, 6, 7, 9 dan 17 dan UMP tersenarai  dalam kesemua SDG tersebut. UMP berada pada kedudukan 301-400 bagi SDG4, ‘Quality Education’ dan SDG6, ‘Clean Water and Sanitation’ UMP berada di kedudukan 101-200.

 “UMP turut cemerlang dalam SDG 7 ’Affordable and Clean Energy’ apabila berada pada kedudukan 67 dan ini menunjukkan peranan UMP dalam kecekapan tenaga, tenaga boleh diperbaharui serta peranannya dalam komuniti.

“Bagi SDG9, Industry, Innovation and Infrastructure pula, UMP berada di tangga 401-600. Bagi SDG17, ‘Partnership for the Goals’ pula, UMP berada pada kedudukan ke 101-200 yang menunjukkan hubungan baik universiti dengan pelbagai pihak dan peringkat termasuk komuniti dan industri,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Pengerusi Lembaga Pengarah UMP, Tan Sri Dr. Abdul Aziz Abdul Rahman turut menzahirkan kesyukuran dan berbangga dengan pencapaian ini.

 “Ini adalah pengiktirafan buat UMP yang sentiasa memfokuskan usaha kelestarian sebagai agenda utama dalam meningkatkan kualiti hidup masyarakat sejagat di negara ini,” katanya. 

 Matlamat utama The Impact Rankings adalah untuk mengenal pasti impak universiti dan kesannya terhadap masyarakat berdasarkan kejayaan institusi itu dalam menyampaikan 17 Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) yang digariskan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). 

 Pihak PBB telah menggariskan 17 SDG ini dengan matlamat untuk mencapai masa depan yang lebih baik dan lebih mampan untuk semua menjelang tahun 2030. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN