UMNO tidak goyah jika PH, Dr. Mahathir bergabung

UMNO tidak goyah jika PH, Dr. Mahathir bergabung

SYED MOHD. JOHAN RIZAL SYED UNAN MASHRI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Pergerakan Pemuda UMNO percaya pertemuan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad semata-mata bermotifkan untuk mengejar kuasa dan menjatuhkan Barisan Nasional (BN) bukanlah untuk masa depan rakyat atau kepentingan negara. 

Pengarah Komunikasi Pemuda UMNO, Syed Mohd. Johan Rizal Syed Unan Mashri berkata, walaupun gabungan Perikatan Nasional (PN) dan Dr. Mahathir menjadi kenyataan selepas ini, namun diyakini tidak mengoyah kepercayaan rakyat untuk bersama BN.

“Pemuda UMNO yakin majoriti rakyat Malaysia tidak akan sesekali lupa keadaan negara dalam tempoh 22 bulan dan 17 bulan mereka menjahanamkan negara ini. Kita menyaksikan bagaimana pelbagai isu melibatkan kepentingan Islam, bangsa Melayu, perpaduan rakyat dan sistem pentadbiran negara dihuru-harakan Pakatan Harapan (PH) dan PN. 

“Justeru pastinya rakyat yang sayangkan masa depan negara tidak lagi akan terpedaya pada lakonan skrip politik lama itu, sebaliknya kembali bersama BN yang kini lebih konsisten berhala tuju dan mampu menjamin masa depan agama, rakyat dan negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini sini hari ini.

Baru-baru ini, Dr. Mahathir yang juga Pengerusi Pejuang mendakwa Muhyiddin bertemunya untuk mendapatkan sokongan dalam usaha kembali menjadi Perdana Menteri.

Selain Dr. Mahathir, Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal turut mendedahkan Muhyiddin menghubunginya untuk mendapatkan sokongan bagi membolehkannya menjadi Perdana Menteri sekali lagi.

Tambah Syed Mohd. Johan, pemimpin berkenaan juga dilihat terdesak mencari sekutu untuk kelangsungan politik peribadi setelah menyaksikan kebangkitan BN dan ditampar berkali-kali oleh majoriti rakyat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya