UMNO Pulau Pinang sokong Ismail Sabri calon PM selepas PRU-15 - Utusan Malaysia

UMNO Pulau Pinang sokong Ismail Sabri calon PM selepas PRU-15

MUSA SHEIKH FADZIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang menyambut baik serta menyokong penuh keputusan kepemimpinan UMNO Pusat yang menamakan Datuk Seri lsmail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Pengerusinya, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, pelantikan semula Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri itu bagi membolehkan beliau meneruskan usaha-usaha memulihkan ekonomi dan kebangkitan semula negara daripada kesan Covid-19 lebih dua tahun yang telah dijalankan sekarang sebagai ketua kerajaan.

“Saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Presiden, Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden dan Ahli-ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang telah membuat keputusan sedemikan kerana ini amat penting demi kestabilan politik negara dalam menghadapi PRU-15 akan datang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, keputusan mencalonkan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri pada PRU-15 antara beberapa perkara diputuskan pada Mesyuarat MKT yang dipengerusikan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi semalam.

Selain itu, turut diputuskan adalah mengenai kedudukan Memorandum Persefahaman (MOU) antara Kerajaan Persekutuan dengan Pakatan Harapan (PH) yang akan berakhir 31 Julai depan ini yang tidak akan diteruskan lagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya