UMNO komitmen mahu tadbir kerajaan, negara

UMNO komitmen mahu tadbir kerajaan, negara

ASYRAF Wajdi Dasuki (tengah) bersama pemimpin Pemuda UMNO negeri berbuka puasa di Surau Kampung Padang Gelam, Mukim Naga, Jitra, Kedah, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUBANG PASU: Keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO mengumumkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), menjadi bukti kepada komitmen parti itu yang serius mahu mentadbir kerajaan dan negara.

Ketua Pemudanya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, ketika pilihan raya umum dijangka berlangsung tidak lama lagi, rakyat perlu dimaklumkan mengenai individu yang akan ditampilkan parti itu bagi menjadi nakhoda menerajui kerajaan.

Katanya, ketetapan tersebut menunjukkan kesatuan UMNO dalam memilih pemimpin sekali gus mengelakkan perpecahan seperti yang berlaku terhadap parti-parti lain sebelum ini.

“Persoalan kini harus ditanyakan kepada parti lain kerana ada antara mereka seakan mahu menunggu hingga selepas PRU15 baru tetapkan calon Perdana Menteri. 

“Adakah kita mahu sekali lagi memangsakan rakyat? Sebagai sebuah parti bertanggungjawab, kita tak boleh biarkan mereka berada dalam ketidak pastian dan sebab itulah UMNO mengambil pendirian untuk menyatakan siapakah ‘poster boy’ kita dalam PRU akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita sewaktu hadir pada Majlis Berbuka Puasa Pemuda UMNO Kedah di Surau Kampung Padang Gelam, Mukim Naga, Jitra, di sini semalam.

Mengulas lanjut katanya, keputusan UMNO meletakkan urusan pentadbiran negara kepada Naib Presiden parti dan urusan parti kepada Presiden serta Timbalan Presiden sudah pun disepakati sejak Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 lagi.

“Waktu itu sudah digambarkan bahawa parti dan kerajaan boleh bergerak seiringan dengan ‘model’ ini. Malah di beberapa negara lain, perkara ini bukan lagi asing termasuk di negara jiran,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya