Tunggu 9 tahun sebelum dianugerah warga Malaysia - Utusan Malaysia

Tunggu 9 tahun sebelum dianugerah warga Malaysia

HAMZAH Zainudin menyerahkan surat kewarganegaraan kepada Gan Chun Kai, 14 (tiga kanan) dan ibunya, Looi Mei Fong, 53 (kanan) pada majlis penyerahan surat keputusan kewarganegaraan di Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: “Ibu ayah banyak habiskan wang, tenaga dan masa dapatkan warga negara untuk saya. Selepas sembilan tahun, akhirnya saat ini ditunggu-tunggu,” kata Gan Chun Kai, 14, seorang daripada 34 penerima surat keputusan permohonan kewarganegaraan. 

Pelajar Sekolah Antarabangsa St John, Kuala Lumpur itu berkata, dia adalah  anak angkat dan ibu yang melahirkannya adalah warga Indonesia, manakala bapa kandung warga Malaysia berketurunan Cina. 

 “Ibu dan ayah saya mengambil saya sebagai anak angkat dan sejak kecil, mereka berusaha mendapatkan taraf kewarganegaraan. Saya dapat tahu menerima taraf warganegara pada Ahad lalu sebaik pulang daripada latihan. 

“Saya sangat gembira dan bersyukur, selepas ini boleh saya menyertai pertandingan kerana di sekolah, saya menyertai aktiviti sukan bola tampar. 

Disebabkan tidak ada kewarganegaraan, saya tidak dapat mengikutinya bersama rakan lain,” katanya ketika ditemui Majlis Penyerahan Keputusan Kewarganegaraan di sini hari ini. 

Hadir sama, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin menyerahkan surat tersebut kepada 34 penerima terdiri daripada 21 Melayu, lapan Cina, empat India dan satu beragama Islam dipelihara orang bukan Islam.   

Kewarganegaraan

 Chun Kai berkata, sepanjang ketiadaan taraf kewarganegaraan, dia mengharungi pelbagai kepayahan namun, tetap bersyukur kerana boleh mendapat pendidikan selain keluarga sentiasa di sisi. 

“Selain saya, ibu juga mempunyai dua lagi anak angkat perempuan iaitu ibu mereka warga Vietnam manakala, ayah kandung warga Malaysia keturunan Cina. Ibu dan ayah juga sedang dalam usahakan untuk mendapatkan taraf warga negara,” katanya. 

Shile Annette, 52, pula berkata, dia dan suami, Anura Seneviratne, 56, gembira apabila anak tunggal mereka, Samantha Anushka, 10, berjaya memperolehi permohonan tersebut selepas menunggu kira-kira sembilan tahun. 

“Tanpa kewarganegaraan, anak saya tidak mendapat kemudahan seperti murid lain antaranya perlu membeli buku teks sendiri dan membayar levi. Sejak dia kecil, saya dan suami berusaha mendapatkan kewarganegaraan. 

“Dalam dua atau tiga hari lepas, kami dimaklumkan ada surat tetapi tidak tahu untuk apa. Semalam dapat emel mengatakan mengenai keputusan permohonan dan hadir majlis hari ini. Bersyukur kepada tuhan atas berita gembira ini,” katanya.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya